JABATAN SAINS

LATAR BELAKANG

Jabatan Sains dipertanggungjawabkan untuk melatih bakal guru Sains bagi sekolah rendah dan menengah sejak tahun 1956. Mereka dilatih melalui Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM), Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI - SM), Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah dan Kursus Perguruan Lepas Diploma (KPLD).

Proses naik taraf maktab perguruan menjadi institut perguruan menyaksikan pelaksanaan beberapa program peringkat ijazah. Mulai tahun 2004, Jabatan Sains telah menerima pelajar kumpulan pertama bagi kursus Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) yang mengambil masa selama satu setengah tahun. Bagi pelajar PPISMP kohort pertama, mereka seterusnya mengikuti program Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun (PPPRPET) berkolaborasi dengan Universiti Deakin. Kohot kedua PPISMP yang melapor diri sekitar Julai 2005 pula telah disediakan program PPPRPET kendalian Institut Perguruan Persekutuan sepenuhnya. Mulai 25 Ogos 2008, program ini telah diitktrafkan sebagai program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Pelajar program ini akan ditempatkan di sekolah rendah sebagai guru `generalist`untuk mengajar mata pelajaran sains apabila mereka tamat pengajian kelak.

Bagi guru yang terlatih, program khas bagi kursus dalam perkhidmatan untuk mensiswazahkan guru Sains anjuran Bahagian Pendidikan Guru telah bermula pada tahun 1999 melalui program Persediaan 14 minggu sebelum mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Institut telah menjalankan program PKPG ini berkembar dengan Universiti Teknologi MARA (2006), Universiti Malaya (2005) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (1999-2004). Selain itu, guru-guru Sains yang terlatih juga ditawarkan pelbagai kursus dalam perkhidmatan seperti Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 Minggu, Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) Satu Tahun, Kursus “Conversion Science” 6 Minggu, Kursus Pendek Kelolaan Institut Perguruan (KPKIP) dan program Pensiangan-Salinatan.

Jabatan ini juga mengendalikan program `outreach` iaitu Teaching School kolaborasi dengan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis(KIA2M) di Cameron Highlands. Selain itu, jabatan ini juga terlibat dalam latihan guru-guru sandaran melalui program Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) bagi KPLI dan KDPM, guru dari sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan terkini melatih guru-guru dalam program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) dan Program Pensiswazahan Guru (PPG).

Jabatan ini pernah menjalankan Program Kembar dengan Universiti Sains Malaysia (1993-1997), Kursus Diploma Perguruan Khas (1993 -1994) dan Program Matrikulasi UNIMAS (1998 - 2000). Selain itu, latihan juga telah diberikan kepada tenaga pengajar di Pusat Matrikulasi melalui program KPLI (KDC).

OBJEKTIF

melahirkan para guru bertauliah di peringkat sekolah rendah melalui Kursus Perguruan Lepas Ijazah, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan program Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah dalam bidang sains

  • merancang dan mengendalikan kursus dalam perkhidmatan bagi guru sains sekolah.
  • merancang dan melaksanakan aktiviti dan penyelidikan berkaitan dengan pendidikan Sains,
  • merancang dan melaksanakan program latihan pembangunan staf bagi pensyarah dan staf makmal.
  • merancang dan mengendalikan program pembangunan pelajar dengan Petrosains dan Pusat Sains Negara,
  • merancang dan melaksanakan kajian lapangan dengan usahasama dengan badan-badan kerajaan, badan berkanun dan NGO seperti Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Meterologi dan Jabatan Mineral & Geosains serta Agensi Sains Negara (ANGKASA)
  • memberi sumbangan khidmat masyarakat melalui kerja lapangan.