LATAR BELAKANG

Penubuhan jabatan ini bermula dengan pembentukan, Jawatankuasa Penyelidikan pada tahun 1991. Pada masa itu, ahlinya terdiri daripada wakil-wakil jabatan dan unit sahaja. Pada tahun 1997, Unit Penyelidikan dan Pembangunan ditubuhkan selaras dengan hasrat Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membudayakan aktiviti penyelidikan sebagai satu aktiviti ilmiah di maktab perguruan. Unit ini bertanggungjawab secara langsung kepada Timbalan Pengetua. Unit ini diketuai oleh Ketua Unit dan dibantu oleh seorang setiausaha dan tiga orang pensyarah.

Pada tahun 2000, gelaran jawatan Ketua Unit Penyelidikan ditukarkan kepada Setiausaha Penyelidikan dan Pembangunan dan dibantu oleh Penolong Setiausaha, Penyelaras Bengkel/Ceramah dan wakil-wakil jabatan. Akhirnya, pada tahun 2003, Unit Penyelidikan dan Pembangunan diberi status jabatan. Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme ini diketuai oleh seorang Ketua Jabatan yang dibantu oleh dua orang Ketua Unit iaitu Ketua Unit Penyelidikan dan Ketua Unit Pembangunan Profesionalisme.

Pada tahun 2009, struktur organisasi baru diwujudkan dan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme dikenali sebagai Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan. Jabatan ini diketuai oleh seorang Ketua Jabatan yang dibantu oleh Ketua Unit Penyelidikan, Ketua Unit Penerbitan dan Ketua Unit Inovasi.

Antara tugas jabatan ini ialah:

    - Mengendalikan bengkel/ceramah/perbincangan meja bulat mengenai penyelidikan untuk pensyarah-pensyarah institut.
    - menguruskan kajian institut.
    - Menggalakkan pensyarah menyertai seminar/kolokium/konferens penyelidikan pendidikan sebagai pembentang atau peserta.
    - Memberi perkhidmatan perundingan kepada pensyarah yang berminat dalam bidang penyelidikan.
    - Membantu IPG Induk dan pihak luar institut dalam usaha menjalankan kajian.
    - Menjadi jawatankuasa jaminan kualiti institut.

 

Objektif

    - Membentuk satu komuniti penyelidik dalam kalangan warga institut.
    - Mempertingkat kemahiran menjalankan penyelidikan pendidikan dalam kalangan warga institut.
    - Mempertingkat mutu penyelidikan dalam kalangan warga institut.
    - Membantu dalam penerbitan dan penataran hasil-hasil kajian IPG.
    - Memantau kualiti guru pemulaan institut melalui saluran yang dipanggil Maklum Balas Pelanggan.
    - Menganjurkan seminar penyelidikan antarabangsa.