JABATAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

LATAR BELAKANG

Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan (PJK) bertanggungjawab untuk mendidik dan melatih guru para-perkhidmatan dan guru dalam perkhidmatan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Pengurusan kokurikulum. Jabatan ini juga sentiasa aktif dan mengelolakan aktiviti-aktiviti fizikal serta aktiviti-aktiviti yang menggalakkan gaya hidup yang sihat.

Mulai tahun 2000 Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijadikan sebuah Jabatan di bawah Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang. Pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bertanggungjawab menyampaikan kuliah dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani (Teori dan Amali).

Pensyarah di jabatan ini juga membimbing pelajar melaksanakan praktikum, membantu dalam aktiviti olahraga dan permainan pada peringkat institut, zon dan kebangsaan.

OBJEKTIF

  • Mendidik dan melatih pelajar guru PPISMP, PISMP, PPC, PPG dan KDC dalam bidang Pendidikan Jasmani
  • Menghasilkan guru yang seimbang dari segi JERI selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
  • Melahirkan guru yang sihat dan cergas sepanjang hayat.