JABATAN PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

LATAR BELAKANG

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) bertanggungjawab mengendalikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam, Tamadun Islam, Bahasa Arab, Pengajian Al-Quran dan Pendidikan Moral bagi pelajar-pelajar latihan perguruan praperkhidmatan dan peserta kursus dalam perkhidmatan. Pelajar pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM-KDC), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI),j-QAF, B. Ed. TESL, B. Ed. TEYL ,PPISMP dan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Mulai Julai 2009, terdapa satu unit pelajar pengkhususan Pengajian Agama.

Jabatan ini juga terlibat dalam Program Kursus Dalam Perkhidmatan Pra sekolah Pendidikan Islam. Mulai bulan Januari tahun 2005 , JAPIM telah diberi tanggungjawab mengendalikan pelajar-pelajar KPLI-SR LPBS j-QAF. Selain itu, jabatan ini juga mengendalikan Program KPLISRSABK (Sekolah AgamaBantuanKerajaan) dan (Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah) PGSR. Program ini akan berjalan secara berterusan pada setiap kali cuti sekolah.

Di samping itu, jabatan ini bertanggungjawab merancang, menyelaras, mengelola dan melaksanakan aktivti-aktiviti keagamaan, kerohanian dan moral untuk semua pelajar dan warga institut. Melalui aktiviti-aktiviti ini diharap dapat melahir insan guru yang dinamis dan bertakwa. JAPIM juga diberi tanggungjawab untuk memberikefahaman Islam secara menyeluruhkepada warga IPGKPP.

OBJEKTIF

  • Memberi kemahiran asas membaca al-Quran mengikut adab-adab tertentu dan memahami serta menghayatinya dalam kehidupan harian.
  • Menggalakkan pelajar-pelajar mengamalkan ilmu untuk membentuk ketakwaan diri.
  • Membantu pelajar mengamalkan nilai-nilai agama dan moral serta menghayatinya sebagai asas membuat sesuatu pertimbangan dalam kehidupan seharian.
  • Memastikan pelajar mempraktikkan amalan-amalan Islam dengan betul dan sempurna serta membentuk tabiat dan perlakuan yang baik ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.
  • Membantu institut dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab melahirkan insan guru yang berkualiti dan berkeperibadian tinggi.