JABATAN MATEMATIK

Latar Belakang

 

Jabatan Matematik dipertanggungjawabkan untuk melatih guru-guru matematik sekolah rendah dan menengah sejak tahun 1956. Dari tahun 1993 hingga 1997, Jabatan Matematik pernah menjalankan program kembar antara institut dengan Universiti Sains Malaysia dengan menawarkan mata pelajaran Matematik sebagai pengkhususan. Jabatan ini juga terlibat dalam program Matrikulasi UNIMAS –M4P dari Jun 1998 hingga Mei 2000. Jabatan ini juga telah mengendalikan Program Khas Pensiswazahan Guru-Guru Bukan Siswazah (PKPG) mulai tahun 2000. Peserta kursus

PKPG akan mengikuti kursus 1 tahun di institut ini dan kemudian melanjutkan pengajian ke universiti tempatan (UiTM dan UPSI) selama 2 tahun untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Matematik.

Mulai Januari tahun 2006, Jabatan ini telah mula melatih guru dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) secara berkolaborasi dengan Deakin Universiti, Australia dalam bidang Matematik. Pada tahun 2007, Jabatan ini telah mula melatih guru Matematik mulai PISMP yang dikendalikan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG. Pelajar-pelajar ini akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan setelah tamat program PISMP.

Kini, guru-guru Matematik sekolah rendah dan menengah dilatih melalui program Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) yang mengambil masa selama satu tahun dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang mengambil tempoh 4 tahun. Di samping itu, Jabatan Matematik juga mengendalikan program Kursus Dalam Cuti (KDC) untuk guru-guru sandaran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan program Pensiswazahan

Guru Sekolah Rendah (PGSR) untuk guru-guru terlatih di sekolah semasa cuti. Jabatan Matematik juga mengendalikan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI) untuk guru-guru terlatih dari semasa ke semasa. Untuk meningkatkan ilmu profesionalisme para pensyarah, Jabatan ini juga mengendalikan kursus dan bengkel di bawah program Latihan Perkembangan Staf (LPS) untuk pensyarah-pensyarah. SEOMEO-RECSAM juga banyak membantu Jabatan Matematik dengan menjemput pensyarah-pensyarah Matematik menghadiri bengkel, seminar dan kolokium yang dianjurnya dari semasa ke semasa.

Objektif Jabatan Matematik

• Melatih dan menghasilkan guru-guru matematik yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan profesionalisme dalam bidang Matematik.

• Meningkatkan lagi mutu profesionalisme guru-guru terlatih Matematik melalui kursus-kursus dalam perkhidmatan.

• Meningkatkan kelayakan akademik guru-guru terlatih dalam bidang Matematik melalui Kursus KDP dan kursus lain yang berkaitan.

• Merancang dan melaksanakan aktiviti dan penyelidikan berkaitan dengan pendidikan matematik.

• Merancang dan melaksanakan program pembangunan staf bagi mempertingkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan pensyarah-pensyarah dan guru-guru Matematik.