JABATAN ILMU PENDIDIKAN

LATAR BELAKANG

Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) bertanggungjawab mengendalikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ilmu Pendidikan dan pengajian profesional dalam kalangan pelajar guru latihan perguruan praperkhidmatan dan guru-guru dalam perkhidmatan di institut ini. Pelajar Guru yang terlibat adalah terdiri daripada Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP). Begitu juga jabatan ini turut mengajar pelajar guru dalam Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI), Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) dan Program Kursus Dalam Cuti (KDC). Malah Jabatan ini juga turut mengendalikan pengajaran dan pembelajaran Kursus Pengajian Profesional untuk Program Berkembar B.Ed TESL kohort1 & 2 iaitu Program Berkembar antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Macquarie University, Australia. Jabatan juga dipertanggungjawabkan untuk mengurus Prasekolah Mesra Idaman untuk kanak-kanak peringkat prasekolah daripada umur 4 hingga 6 tahun. Kesimpulannya Jabatan Ilmu Pendidikan diamanahkan untuk menyampaikan kursus ilmu pendidikan dan pengajian profesional dalam program seperti berikut:

  • Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP)
  • Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI)
  • Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI-PPC)
  • Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP)
  • Kursus Dalam Cuti (KDC)
  • Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)
  • Program Pensiswazahan Guru (PPG)
  • Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

Objektif

Melaksanakan kurikulum Ilmu Pendidikan dengan:

  • menyampaikan pengajaran berasaskan Sukatan / Proforma Mata Pelajaran Ilmu Pendidikan dan Pengajian Profesional.
  • mematuhi kehendak Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) semasa menyediakan soalan peperiksaan.
  • mematuhi kehendak Jadual Penentuan Tugasan (JPT) semasa menilai kerja kursus bagi setiap mata pelajaran yang terlibat.
  • menjalankan pelbagai aktiviti pembelajaran bersama pelajar guru di dalam dan di luar bilik kuliah.
  • menjalankan aktiviti pelajar guru mengikut keperluan sukatan.
  • membimbing pelajar guru mengikuti prinsip-prinsip pencerapan klinikal.

Meningkatkan penguasaan kemahiran dalam kalangan pensyarah melalui:

  • latihan-latihan dalaman dan luaran.
  • mentor sebaya
  • penulisan ilmiah yang bermutu.
  • penyelidikan dan laporan dapatan kajian.
  • perkongsian pintar di antara warga jabatan
  • kursus, seminar, persidangan dan bengkel profesionalisme guru.

Melaksanakan tugas-tugas pengurusan pendidikan dengan:

  • mengutamakan ketepatan masa.
  • mengamalkan kerja dengan teliti, kemas dan teratur.
  • melaksanakan kerja mengikut piawaian rasmi.

Melaksanakan Latihan Pembangunan Staf (LPS) untuk pensyarah dan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI) untuk guru-guru sekolah dengan:

  • meningkatkan profesionalisme perguruan.
  • mengamalkan perkongsian ilmu.

Piagam Pelanggan

Kami warga Jabatan Ilmu Pendidikan dengan penuh kesedaran, tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:

  • memastikan pelajar guru yang mengambil setiap kursus ilmu pendidikan dan pengajian profesional memperoleh kelulusan sekurang- kurangnya 95%
  • memastikan pelajar guru yang mengulangi peperiksaan bagi setiap kursus ilmu pendidikan dan pengajian profesional akan diberikan bimbingan oleh pensyarah sekurang-kurangnya 4 jam.
  • memastikan pengajaran & pembelajaran dilaksanakan pada hari pertama setiap semester.
  • memastikan semua aduan pelajar guru mengenai kursus yang ditawarkan di jabatan ilmu pendidikan akan diteliti dan dijawab dalam masa seminggu.
  • memastikan penilaian pelajar guru terhadap pensyarah yang mengajarnya memperoleh sekurang-kurangnya min skor skala 4.0
  • memastikan penilaian pelajar guru terhadap kerja kursus setiap kursus yang ditawarkan memperoleh sekurang-kurangnya min skor skala 4.0