BAHASA

JABATAN BAHASA

LATAR BELAKANG

Jabatan Bahasa terdiri daripada tiga unit pengajian, iaitu Unit Pengajian Inggeris, Unit Pengajian Cina dan Unit Pengajian Tamil. Ketiga-tiga unit ini bersatu tenaga dalam merancang dan melaksanakan berbagai bentuk program untuk pelajar, guru-guru sekolah rendah dan menengah dan pensyarah berlandaskan Dasar Pendidikan terkini. Dasar Pendidikan Negara dewasa ini menjurus ke arah memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) dan memperkasakan Bahasa Inggeris (MBI). Sejajar dengan perubahan ini, Unit Pengajian Inggeris merancang dan melaksanakan pelbagai bentuk program untuk melengkapkan para pelatih guru dengan kemahiran dan pengetahuan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Tambahan lagi, Unit Pengajian Inggeris juga melaksanakan kursus-kursus latihan dalam perkhidmatan dalam bentuk Latihan Perkembangan Staf (LPS) untuk staf jabatan. Disamping itu, kursus-kursus peningkatan keilmuan bagi guru-guru sekolah rendah dan menengah di jalankan melalui Program Kolaborasi IPGKPP dengan ajensi luar. Tumpuan kursus bagi tahun 2015 adalah bagi program MBI.

Bahasa Cina pula ialah bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga salah satu mata pelajaran yang penting di sekolah menengah di Malaysia. Oleh itu kurikulum Pengajian Cina yang dilaksanakan di Institut Pendidkan Guru bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru Bahasa Cina dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan di sekolah kelak. Di samping itu, Unit Pengajian Cina juga menjalankan latihan perkembangan staf dalam bentuk Latihan Perkembangan Staf (LPS) bagi staf Unit Pengajian Cina.

Unit Pengajian Tamil telah dimulakan pada Januari 2008 dengan pengambilan pelajar KPLI Pengajian Tamil pertama di insitut ini. Bahasa Tamil adalah bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaaan Tamil dan sebagai matapelajaran BTSK di sekolah menengah kebangsaan. Kursus Bahasa Tamil yang dijalankan di institut ini bertujuan menghasilkan guru Bahasa Tamil yang berketerampilan dan berkewibawaan.

Objektif

  • Melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran ikhtisas dalam bidang pengajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
  • Meningkatkan profisiensi pelajar dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
  • Meningkatkan profisiensi staf sokongan dalam Bahasa Inggeris
  • Meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bidang isi kandungan dan pedagogi Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
  • Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan perkembangan terkini dalam pengajaran bahasa di kalangan guru pelatih, guru terlatih dan pensyarah IPG
  • Meningkatkan profesionalisme staf melalui kegiatan penyelidikan

Program-program akademik dan bukan akademik yang dikendalikan oleh Jabatan Bahasa adalah seperti berikut:

Unit Pengajian Inggeris

Kursus Pra-perkhidmatan:

  • Kursus Persediaan (Foundation) PPISMP B.Ed. (TESL)
  • Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) (Komponen Kefasihan Bahasa Inggeris Teras dan Akademik)
  • Kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). (Komponen Major dan Elektif)

Kursus Dalam Perkhidmatan:

  • Program Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBI) untuk guru-guru sekolah rendah dan menengah
  • Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) mod KDC untuk Sekolah Rendah (Komponen Bahasa Inggeris)
  • Program Pensiswazaan Guru (PPG) mod Kursus Dalam Cuti (KDC)

Unit Pengajian Cina

Kursus Pra-perkhidmatan:

  • Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP). (Komponen Bahasa Cina)
  • (KDC) untuk Sekolah Rendah: Pengkhususan Pengajian Cina
  • Kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). (Komponen Bahasa Cina)
  • Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP-GSTT). (Komponen Bahasa Cina)
  • Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) Mod Kursus Dalam Cuti

Unit Pengajian Tamil

Kursus Pra-perkhidmatan:

  • Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP-GSTT). (Komponen Bahasa Tamil)
  • Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP). (Komponen Bahasa Tamil)
  • Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP). (Komponen Bahasa Tamil)

Program-program Bukan Akademik:

  • Latihan Perkembangan Staf (LPS)
  • Program Pembelajaran Akses Kendiri
  • Persatuan Bahasa Inggeris
  • Persatuan Bahasa Cina
  • Persatuan Bahasa Tamil
  • Penyelidikan Jabatan
  • Program Praktikum


 

Colors